Isu moral yang akan dipaparkan disini ialah berkaitan dengan remaja yang menyambut hari raya dengan meminum arak sebagai santapan di pagi Aidilfitri.
DEFINISI :
Aidilfitri disebut juga hari raya Fitrah. Hari Raya Aidilfitri adalah hari kemerdekaan iaitu hari pertama selepas Ramadhan di mana orang-orang beriman memperolehi kembali kebebasan diri dan kembali menikmati limpahan rezeki Ilahi selepas sebulan menyerahkan jiwa raga mereka kepada Allah. Ia adalah hari kegembiraan kerana dapat melaksanakan kewajipan dan berkeyakinan memperolehi pahala yang besar di sisi Allah Taala.
HURAIAN ISU :
Tajuk isu yang ingin dipaparkan di sini ialah " ARAK SAMBUT RAYA" yang berlaku di ibu kota Kuala Lumpur. Satu perkara yang amat mengejutkan, memeranjatkan dan menyedihkan oleh semua umat islam ialah segelintir remaja Islam menyambut Aidilfitri dengan perbuatan yang ditegah agama iaitu meneguk arak sambil berfoya-foya hingga awal pagi di sebuah kelab malam terkemuka di ibu kota.
Cara sambutan itu dilakukan bersama-sama ratusan pengunjung yang kebanyakkannya warga tempatan termasuk pekerja pusat hiburan itu sendiri. Namun sambutan pesta itu berhenti di separuh jalan apabila pusat hiburan terbabit diserbu pihak berkuasa di awal paginya. Namun begitu ada juga sebahagian pengunjung di pusat hiburan tersebut cuba untuk melarikan diri ketika serbuan dibuat tetapi tidak berjaya apabila pihak polis berjaya mengepung di semua pintu masuk terutama pintu utama.
Semua mereka yang terlibat diarah menjalani ujian air kencing bagi mengesan suspek yang mengambil dadah sebelum ditahan. Daripada yang ditahan tujuh adalah wanita manakala empat daripada enam lelaki adalah pekerja pusat hiburan berkenaan. Semua 13 suspek yang masing-masing berusia 19 hingga 40 tahun ditahan mengikut seksyen 15 (1) a Akta Dadah Berbahaya dan jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan denda maksimum RM 10.000.
CADANGAN :
Sebagai orang islam, mereka sepatutnya menghidupkan kedatangan syawal dengan beribadat, bukan melakukan perkara terkutuk dan ditegah apatah lagi pada pagi Aidilfitri. Tindakan dan perbuatan itu bukan sahaja mencemar kemuliaan Syawal malah kesucian Islam itu sendiri.
Dalam ayat 90 - 92 surah Al Maidah, Allah melarang manusia daripada minum arak, berjudi, menyembah berhala dan menenung nasib. Ayat berkenaan juga menegaskan bahawa sesiapa yang meminum arak boleh dikenakan hukuman "hudud". Bertepatan dengan ayat 90 - 92 itu tadi, maka eloklah pesalah berkenaan ini dikenakan hukuman yang telah ditapkan oleh syara'.
Oleh itu umat islam perlulah menjaga kesucian agamanya dengan melakukan ibadah dengan penuh ketakwaan setiap masa.
0 comments:
Post a Comment