Isu moral yang akan dipaparkan disini ialah berkaitan dengan remaja yang menyambut hari raya dengan meminum arak sebagai santapan di pagi Aidilfitri.
DEFINISI :
Wednesday, September 30, 2009
WACANA ILMU
Posted by zuhaila idris at 5:37 AM 0 comments
AKTIVITI -AKTIVITI BULANAN
ANJURAN :
KERJASAMA :
1. Pegawai Penjaga Balai Bomba Dan Penyelamat Daerah Segamat.
RASIONAL :
Sekolah Rendah Agama Bersepadu Daerah Segamat saban tahun mengadakan latihan Pengosongan Bangunan dan Menyelamat Mansan Kebakaran 2 kali setahun. Sekolah ini mempunyai sebuah bangunan 4 tingkat dengan seramai 30 orang guru dan seorang kakitangan pentadbiran serta 432 orang pelajar.
Bangunan yang tinggi dan tidak mempunyai sistem pemadam api jenis salur air berhos gulung di setiap tingkat memaksa pengurusan SRAB Segamat untuk mengadakan Latihan Pengosongan Bangunan dan Menyelamat mangsa Kebakaran 2 kali setahun dan ini merupakan latihan kali pertama untuk tahun 2009.
OBJEKTIF :
Di antara objektif bagi program latihan ini ialah :
2 Memberi pendedahan dan pengetahuan kepada semua warga SRAB cara memberikanrawatan pertolongan cemas.
5. Mempelajari teknik, kaedah dan cara yang betul mengosongkan bangunan dan menyelamatkan diri apabila berlaku kebakaran.
6. Mengawal dan menangani situasi tegang atau kelam kabut semasa latihan mahupun situasi sebenar.
7. Membuat penilaian kembali aspek-aspek kelemahan semasa latihan bagi melengkapkan latihan agar tidak berlaku kesilapan jika berlaku kejadian sebenar.
Semua sekolah di dalam daerah Segamat khasnya dan seluruh Malaysia amnya akan menyambut bulan kemerdekaan negara yang tercinta pada setiap tahun. Hari ulang tahun kemerdekaan negara merupakan satu upacara yang menunjukkan penghargaan kepada pejuang kemerdekaan.
Program ini merupakan program tahunan Unit Ko Kurikulum SRAB Segamat bagi meraikan negara menyambut ulang tahun kemerdekaan negara kali 52.
2. Mendedahkan pelajar dengan era sebelum merdeka hingga zaman kemerdekaan.
3. Memberikan motivasi kepada pelajar untuk terus belajar dan menjaga keselamatan negara dari penjajahan kali ke 2.
6. Menegaskan fungsi dan tugas pemimpin muda dalam pentadbiran sebuah kelompok sosial yang kecil.
7. Memberikan satu pengalaman sebenar dalam memberikan arahan untuk menjalankan sesuatu mesi atau arahan pihak pentadbir organisasi.
8. Menyedarkan kepada guru dan pelajar akan kesukaran tugas pemimpin dan anggota keselamatan menjaga negara dari anasir yang cuba merosakkan negara.
DI ANTARA AKTIVITI YANG DIJALANKAN
Murid-murid tahun 4 Maliki memperlihatkan kreativiti mereka di dalam persembahan mereka.
Bergaya ketika menyampaikan puisinya
Murid-murid lelaki khusyu' menunaikan solat
Murid-murid perempuan juga tidak ketinggalan bersolat secara berjemaah
Posted by zuhaila idris at 4:07 AM 0 comments
Tuesday, September 29, 2009
WARGA SEKOLAH
- Dari kiri: Ustaz Kamarulzaman B. Hassan, Ustaz Mokhdzir B. Mos, Ustaz Faizal B. Daud, Ustaz Shafie B. Supar, Ustaz Zainudin B. Ahmad dan Ustaz Jamaludin B. Abdullah.
Barisan Kedua :
- Dari kiri: Ustazah Siti Aminah, Ustazah Aida Natasha, Ustazah Rohana Bt. Wahab, Ustazah Mashitah Bt. Haron, Ustz. Zanariah Ab. Sattar,tazah Nora Ngadio, Ustazah Fatimahawa, Ustazah Ruzita Bt. Romlan, Ustazah Aishah Bt. Mohiden, Ustazah Norshakilla Bt. Mahad, Ustazah Maimunah Bt. Mohamad dan Ustazah Fazlina Bt. Mahmud.
Barisan Hadapan:
- Dari kiri: Ustazah Reniyati Bt. Mohamad, Ustazah Zuraidah Bt. Amat Senin, Cik Salimah Bt. Salim (Pembantu Tadbir), Ustazah Salamah Bt. Bujang, Ustaz Faizal B. Yunos (GPK 1), Ustazah Hjh. Milah Bt. Yoot (Guru Besar), Ustaz Norzihat B. Mukhibat (GPK HEM), Ustazah Julia Bt. Azhar, Ustazah Khiarah Bt. Abd. Samad, Ustazah Faridah Bt. Abd. Rahman dan Ustazah Zuhaila Bt. Idris.
Ustz Hjh. Milah sedang mempengerusikan masyuarat sambil diperhatikan oleh GPK 1 ust. Faizal Yunos.
Semua guru tekun mendengar taklimat yang disampaikan oleh guru besar.
Guru bersama salah satu pasukan unit beruniform "Putri Islam"

Warga guru sedang mengikuti majlis membudayakan Al Quran di surau Al Falah
Sedang sibuk menguruskan murid yang akan menduduki ujian kelayakan tahun satu 2010
Murid yang menduduki ujian kelayakan tahun satu 2010 tekun menjawab soalan sambil diperhatikan guru bertugas
Posted by zuhaila idris at 9:37 AM 0 comments
SEJARAH SRAB
Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) Daerah Segamat telah ditubuhkan pada 30 Disember 1998. Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) telah mengambil inisiatif untuk menganjak paradigma melalui perancangan pendidikan peringkat rendah dengan menubuhkan Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) Kerajaan Johor selari dengan perkembangan pendidikan yang sentiasa mengalami perubahan bagi memenuhi hasrat masyarakat untuk melihat anak-anak mereka terdidik secara Islam seutuhnya.
Oleh yang demikian kurikulum SRAB telah digubal oleh satu Jawatankuasa kurikulum berdasarkan Falsafah Pendidikan Islam. Pada amnya kurikulum ini merupakan penggabungjalinan antara Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dengan Kurikulum Baru Sekolah Agama (KBSA) Kerajaan Negeri Johor.Pada Januari 1990, SRAB mula dibuka dengan menumpang bangunan Sekolah Agama Bandar Segamat dengan bilangan murid seramai 80 orang pada awalnya. Bilangan pelajar telah bertambah sehingga seramai 169 menjelang tahun 2000. Begitu juga dengan tenaga pengajar.
Perubahan demi perubahan berlaku . Pihak JAIJ telah mula mendirikan bangunan SRAB di kawasan perumahan Bukit Siput. Bangunan yang menelan belanja sebanyak 1.4juta siap dibina pada penghujung tahun 2000 kini mampu menampung pelajar seramai 480 orang dari tahun 1-6. Bangunan ini dilengkapi dengan struktur dan peralatan yang membantu sistem Pengajaran dan Pembelajaran yang berkesan.

MAKLUMAT UMUM PERSEKOLAHAN
1. Jangka masa persekolahan selama 6 tahun.
- Tahap 1 (Tahun 1,2, dan 3)
- Tahap 2 (Tahun 4,5 dan 6)
3. Asrama tidak disediakan.
4. Minum pagi dan makan tengahari disediakan di kantin.
5. Sholat fardhu zohor secara berjemaah di surau sekolah.
PENDIDIKAN LANJUTAN
*Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri Johor.
*Sekolah Menengah Agama Kementerian Pendidikan.
*Sekolah Menengah (ARAB)
*Sekolah Menengah Kebangsaan Kementerian Pendidikan.
Dalam situasi pengisian rohani yang agak mantap selama 6 tahun diharap dapat menampilkan generasi Muslim yang kukuh iman, memiliki daya juang, daya saing dan daya maju.
Logo Sekolah Rendah Agama Bersepadu Segamat yang dengan cogankatanya "Membentuk Muslim Bertakwa"
- Mendidik murid-murid supaya cemerlang dalam pelbagai aspek untuk mencapai matlamat wawasan 2020.
MISI SEKOLAH
- Memberikan pendidikan yang berkualiti berdasarkan falsafah pendidikan islam dan falsafah pendidikan kebangsaan kepada setiap individy secara syumul dan bersedia menghadapi cabaran dalam memenuhi kehendak masyarakat.
Kod badminton turut disediakan
Murid-murid sedang menikmati makanan mereka. Emm sedapnya!
Posted by zuhaila idris at 9:35 AM 0 comments







