AKTIVITI BULAN JULAI 2009
PROGRAM PENGOSONGAN BANGUNAN
DAN LATIHAN MENYELAMAT MANGSA KEBAKARAN
ANJURAN :
Unit Keselamatan Dan Unit Setiausaha Bangunan SRAB Segamat.
KERJASAMA :
1. Pegawai Penjaga Balai Bomba Dan Penyelamat Daerah Segamat.
2. Pengerusi dan AJK PIBG SRAB Segamat.
3. Guru dan kakitangan Srab Segamat.
RASIONAL :
Sekolah Rendah Agama Bersepadu Daerah Segamat saban tahun mengadakan latihan Pengosongan Bangunan dan Menyelamat Mansan Kebakaran 2 kali setahun. Sekolah ini mempunyai sebuah bangunan 4 tingkat dengan seramai 30 orang guru dan seorang kakitangan pentadbiran serta 432 orang pelajar.
Bangunan yang tinggi dan tidak mempunyai sistem pemadam api jenis salur air berhos gulung di setiap tingkat memaksa pengurusan SRAB Segamat untuk mengadakan Latihan Pengosongan Bangunan dan Menyelamat mangsa Kebakaran 2 kali setahun dan ini merupakan latihan kali pertama untuk tahun 2009.
OBJEKTIF :
Di antara objektif bagi program latihan ini ialah :
1. Melengkapkan semua guru, kakitangan dan murid SRAB Segamat dengan cara menyelamatkan diri apabila berlakunya kebakaran.
2 Memberi pendedahan dan pengetahuan kepada semua warga SRAB cara memberikanrawatan pertolongan cemas.
3. Memberi peluang kepada warga Srab cara-cara menggunakan alat pemadam api dengan betul.
4. Menyemai semangat ingin membantu apabila berlaku kebakaran sama ada memadamkan api atau memberi tahu pihak bomba.
5. Mempelajari teknik, kaedah dan cara yang betul mengosongkan bangunan dan menyelamatkan diri apabila berlaku kebakaran.
6. Mengawal dan menangani situasi tegang atau kelam kabut semasa latihan mahupun situasi sebenar.
7. Membuat penilaian kembali aspek-aspek kelemahan semasa latihan bagi melengkapkan latihan agar tidak berlaku kesilapan jika berlaku kejadian sebenar.
Semua murid diarah berkumpul di kawasan lapang.
Salah murid telah berjaya diselamatkan dari terperangkap di bilik darjah.
Murid-murid diberi peluang melihat dan menaiki lori bomba.
AKTIVITI BULAN OGOS
PROGRAM KEMERDEKAAN 2009
PENGENALAN :
Semua sekolah di dalam daerah Segamat khasnya dan seluruh Malaysia amnya akan menyambut bulan kemerdekaan negara yang tercinta pada setiap tahun. Hari ulang tahun kemerdekaan negara merupakan satu upacara yang menunjukkan penghargaan kepada pejuang kemerdekaan.
RASIONAL :
Program ini merupakan program tahunan Unit Ko Kurikulum SRAB Segamat bagi meraikan negara menyambut ulang tahun kemerdekaan negara kali 52.
OBJEKTIF
Di antara objektif program ini ialah :
1. Melengkapkan semua pelajar di sekolah ini dengan semangat patriotik kepimpinan yang sewajarnya bagi menghadapi kemelut negara di dalam era globalisasi yang semakin mencabar.
2. Mendedahkan pelajar dengan era sebelum merdeka hingga zaman kemerdekaan.
3. Memberikan motivasi kepada pelajar untuk terus belajar dan menjaga keselamatan negara dari penjajahan kali ke 2.
4. Memberi pengetahuan kepada pelajar berkaitan peranan anggota keselamatan yang berkesan sebelum merdeka.
5. Memberikan keyakinan diri dalam menghadapi situasi sdisiplin sekolah yang mencabar dari masa ke semasa berbanding semasa zaman darurat.
6. Menegaskan fungsi dan tugas pemimpin muda dalam pentadbiran sebuah kelompok sosial yang kecil.
7. Memberikan satu pengalaman sebenar dalam memberikan arahan untuk menjalankan sesuatu mesi atau arahan pihak pentadbir organisasi.
8. Menyedarkan kepada guru dan pelajar akan kesukaran tugas pemimpin dan anggota keselamatan menjaga negara dari anasir yang cuba merosakkan negara.
9. Menanamkan semangat cintakan negara di kalangan pelajar.
DI ANTARA AKTIVITI YANG DIJALANKAN
Murid-murid tahun 4 Maliki memperlihatkan kreativiti mereka di dalam persembahan mereka.
Semangat patriotik begitu terselah di sanubari murid-murid tahun 5 Tirmidzi.
Segak bergaya ketika menyampaikan persembahan mereka.
Di antara kreativiti dan persembahan yang bersahaja
Bergaya ketika menyampaikan puisinya
AKTIVITI BAGI BULAN SEPTEMBER 2009
PROGRAM SOLAT HAJAT PERDANA UPSR TAHUN 6
Program Solat Hajat Perdana ini telah diadakan di Masjid Jamek As- Syakirin, Bukit Siput, Segamat pada 6 Ogos 2009 selepas solat Isyak. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberikan motivasi kepada pelajar yang telah bertungkus lumus dalam pelajaran yang mana mereka akan menghadapi Peperiksaan UPSR di dalam masa yang terdekat ini.
Turut menjayakan program ini ialah seluruh jemaah taman, jemaah masjid itu sendiri, ibubapa yang mana anak-anak mereka yang akan terlibat di dalam peperiksaan tersebut serta seluruh guru SRAB Segamat.
Program sebegini saban tahun diadakan bagi sama-sama berdoa ke hadrat Allah s.w.t bagi kejayaan anak-anak murid SRAB sendiri dan sentiasa mendapat sambutan dari penjaga dan ibubapa masing-masing.
Murid-murid lelaki khusyu' menunaikan solat
Murid-murid perempuan juga tidak ketinggalan bersolat secara berjemaah





0 comments:
Post a Comment