? ??????????????White Roses? ????? ?? ???Rating: 3.7 (128 Ratings)??30 Grabs Today. 9980 Total Grabs. ????
??Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????????????Spring Break? ????? ?? ???Rating: 5.0 (2 Ratings)??29 Grabs Today. 1871 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get th BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, September 29, 2009

SEJARAH SRAB







SEKOLAH RENDAH AGAMA BERSEPADU SEGAMAT

Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) Daerah Segamat telah ditubuhkan pada 30 Disember 1998. Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) telah mengambil inisiatif untuk menganjak paradigma melalui perancangan pendidikan peringkat rendah dengan menubuhkan Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) Kerajaan Johor selari dengan perkembangan pendidikan yang sentiasa mengalami perubahan bagi memenuhi hasrat masyarakat untuk melihat anak-anak mereka terdidik secara Islam seutuhnya.

Oleh yang demikian kurikulum SRAB telah digubal oleh satu Jawatankuasa kurikulum berdasarkan Falsafah Pendidikan Islam. Pada amnya kurikulum ini merupakan penggabungjalinan antara Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dengan Kurikulum Baru Sekolah Agama (KBSA) Kerajaan Negeri Johor.Pada Januari 1990, SRAB mula dibuka dengan menumpang bangunan Sekolah Agama Bandar Segamat dengan bilangan murid seramai 80 orang pada awalnya. Bilangan pelajar telah bertambah sehingga seramai 169 menjelang tahun 2000. Begitu juga dengan tenaga pengajar.

Perubahan demi perubahan berlaku . Pihak JAIJ telah mula mendirikan bangunan SRAB di kawasan perumahan Bukit Siput. Bangunan yang menelan belanja sebanyak 1.4juta siap dibina pada penghujung tahun 2000 kini mampu menampung pelajar seramai 480 orang dari tahun 1-6. Bangunan ini dilengkapi dengan struktur dan peralatan yang membantu sistem Pengajaran dan Pembelajaran yang berkesan.





MATLAMAT PENUBUHAN SRAB

Matlamat penubuhan srab adalah untuk menghasilkan murid-murid yang dapat membentuk peribadi muslim sejati untuk menghadapi kehidupan yang sebenar, memperkembangkan roh, akal, emosi, dan fizikal selari dengan tuntutan Islam supaya menjadi generasi yang patuh dan tunduk kepada perintah peraturan Ilahi, menyediakan asas ketrampilan dan kemahiran mengikut minat dan bakat dan akhirnya dapat melahirkan belia muslim yang bertanggungjawab terhadap masyarakat dan alam.




MAKLUMAT UMUM PERSEKOLAHAN



1. Jangka masa persekolahan selama 6 tahun.
  • Tahap 1 (Tahun 1,2, dan 3)
  • Tahap 2 (Tahun 4,5 dan 6)
2. Masa persekolahan : 8.00 pagi sehingga 4.30 petang.

3. Asrama tidak disediakan.

4. Minum pagi dan makan tengahari disediakan di kantin.

5. Sholat fardhu zohor secara berjemaah di surau sekolah.



PENDIDIKAN LANJUTAN
Setelah tamat tahun 6 (UPSR dan SDEA) murid-murid berpeluang melanjutkan pelajaran di :

*Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri Johor.

*Sekolah Menengah Agama Kementerian Pendidikan.

*Sekolah Menengah (ARAB)

*Sekolah Menengah Kebangsaan Kementerian Pendidikan.


Dalam situasi pengisian rohani yang agak mantap selama 6 tahun diharap dapat menampilkan generasi Muslim yang kukuh iman, memiliki daya juang, daya saing dan daya maju.






Logo Sekolah Rendah Agama Bersepadu Segamat yang dengan cogankatanya "Membentuk Muslim Bertakwa"









VISI SEKOLAH
  • Mendidik murid-murid supaya cemerlang dalam pelbagai aspek untuk mencapai matlamat wawasan 2020.


MISI SEKOLAH
  • Memberikan pendidikan yang berkualiti berdasarkan falsafah pendidikan islam dan falsafah pendidikan kebangsaan kepada setiap individy secara syumul dan bersedia menghadapi cabaran dalam memenuhi kehendak masyarakat.






Kawasan padang di mana tempat melakukan aktiviti senaman dan acara sukan












Kod badminton turut disediakan

Tapak pembinaan surau
"Al Falah"
Kantin disediakan untuk murid-murid
menjamu juadah mereka.






Murid-murid sedang menikmati makanan mereka. Emm sedapnya!


































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































0 comments: